Assalamualaikum wbt
Aku nk cerita pengalaman aku "diculik" atau "ditarik" oleh konco2 mlm. Semalam 17/7/2019( aku akan ingat tarikh ni) ade seorang kenalan aku dari fb ajak aku makan kt area bandar sunway dekat je dengan sunway pyramid tu . Dia tak habis2 tanya awk tkde plan kan mlm ni,so aku dengan bodohnye cakap tkde, sbb ingatkan dia nak bawak g jalan2 mall ke apa ,rupanya dia bawak aku ke company dia bekerja tu . Asia Herbal Biotech(AHB) betul2 sebelah pub .
Aku di sambut oleh seorang wanita nama dia miss N. sebaya dengan aku,mmg mesra ,senyuman manis. Dia tnya apa kerja aku semua,study mana,umur apa, pstu dia cakap nak bagi aku peluang tambah pendapatan aku. btw mmg aku dh ada part time tutor,then dia dh tnya bnda tu,then dia ckp nk tmbah lagi pendapatan aku. aku pun layan kan aje ceramah dia. Layan punya layan dia tunjuk ade poster2 gambar orang kuat company tu iaitu jutawan2 melayu yang dah beli kereta mewah apa semua. Pastu dia cakap kalau join benda ni boleh dapat tiket percutian kat luar negara,boleh bawak mak ayah aku g haji.
Paling tk leh bla dia cakap company kita ni jual product, tapi jangan risau awk tak yah jual produk tu,sistem yang akan jual. aku pun bila dengar pasal sistem,terbayanglah sistem online macam e-commerce tu,aku pun layan lagi. Then dia cakap tkpe saya tau awk dah berkobar-kobar nak tau, so jom saya bawak awk naik atas,saya tunjuk proses dia macam mana. Ok then kitorang pun naik tingkat atas.
Sampai atas, memang ramai juga orang ,mostly melayu and pakai smart2 ,pakai coat malam2 buta. Then dia tnjuk sijil ssm dia, tergantung dekat dinding siap frame. Pastu aku tangkap gambar saje2,tk tau pula minah tu gelabah aku tgkap gambar,mcm aku buat kesalahan besar . Dia suruh aku buang, aku cakap kenapa nak buang kalau benda ni betul then dia cakap benda ni P& C. Kepala kau la P&C ,aku ada je jumpa orang upload sijil SSM AHB tu dalam blog. siap jelas lagi. sila rujuk gambar.
ni sijil yang dalam blog tu
ni yang aku tangkap .
Then aku dah start naik angin lah time ni, aku dah tk nak dengar apa dia ceramah. nasib baik la gmbar ni tak nampak muka ko ye. Then dia asyik cakap aku macam lepaskan peluang,kita nak tolong orang melayu ,tapi orang melayu banyak yang ego macam awk ni. Aku cakap ye memang saya ego and saya tk nak dengar dah,saya tak berminat, TOLONG FAHAM!!. Ko nak brainwash aku memang salah orang la, jangan harap boleh dapat duit aku free2. Then aku suruh member aku hantar balik.
Dalam kereta ingatkan aku dah terlepas dari skim bahanol ni,tapi member aku cerita lagi,dia cakap miss N tu baru lagi so dia tk dapat nak yakinkan orang lagi untuk join,dalam erti kata lain "mulut tak manis lagi la". So dia cerita kat aku dari A-Z. So aku tanya, incase kalau aku join benda ni,then nape bila dah dapat produk tu,kita tk jual balik kt lain,kenapa kita kena cari lain atau orang bawahan(downline). Then dia cakap sistem tu mmg macam tu,kena cari orang bawah and orang bawah tu la komisen kita. Nampak tak something fishy kt situ?? Then aku ada tinggi sikit suara kat dia, and dia asyik cakap aku ego. aku biorkan aje. So tu je lah pengalaman aku,dah sampai rumah aku search punya search kt fb ,memang banyak orang comment pasal company ni scam and aku siap screenshot sent kat dia.
Dia boleh cakap memang ramai haters and company ni memang sah sebab dah ada ssm. Then aku cakap company ni scam tinggalkan aje la,dia tetap dengan pendirian dia nk teruskan . Jadi kat sini gais ,hati2 lah dengan siapa kita berkawan and dengan company scam ni. Jangan cepat percaya,kepada adik2 yang baru datang KL jangan cepat percaya dengan hasutan2 nk kaya cepat,tunjuk kereta mewah,dapat pergi bercuti luar negara. Fikir dlu dalam2,benda ni betul ke tak,siasat dulu,jangan mudah mengikut,beranikan diri cakap TAK NAK and buat muka blur korang nescaya boleh terlepas. Ni antara bukti aku jumpa dekat komen dalam fb,sila lah tengok.